Gagasan ummah kerangka asas membina semula kekuatan umat, perteguh jati diri negara – ISMA

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 27 SYAWAL – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menegaskan komitmennya untuk mengangkat gagasan ummah sebagai kerangka asas dalam membina semula kekuatan umat dan memperteguh jati diri negara.

 

Presiden ISMA, Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata, ISMA melihat bahawa kelemahan umat Islam hari ini adalah natijah daripada proses pencairan identiti yang berlaku secara sistematik, hasil penerapan ideologi barat seperti negara bangsa dan konsep liberal, hak asasi yang menolak panduan wahyu.

 

Justeru, katanya, ISMA tampil menawarkan satu gagasan tuntas untuk mengembalikan ummah sebagai subjek utama dalam proses pembinaan negara dan tamadun.

 

“Gagasan ini bukan idea dan teori semata-mata, tetapi merupakan kerangka kerja yang praktikalm digerakkan melalui pendekatan komuniti dan pembangunan akar umbi.

 

“Ini berasaskan enam tonggak utama iaitu keutamaan, akidah sebagai asas perpaduan, wala’ dan bara’ sebagai prinsip kesetiaan dan penolakan, Islam sebagai asas kenegaraan, komuniti sebagai tiang ummah, manhaj Islam sebagai cara hidup menyeluruh dan risalah dan agenda ummah,” katanya pada isdang media Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-19, hari ini.

 

Menurut Shuhaib, akidah islam ialah asas utama yang menyatukan umat tanpa mengira bangsa atau latar belakang dan ini membentuk ikatan spiritual serta intelektual yang menyeluruh di bawah panji tauhid.

 

Katanya, tanpa akidah yang kukuh, umat mudah terpengaruh dengan ideologi sesat seperti liberalisme dan pluralisme agama. yang menjadi punca perpecahan umat dan kehilangan arah perjuangan.

 

Beliau berkata, prinsip wala’ dan bara’ pula membentuk kerangka pemikiran yang jelas dalam masyarakat majmuk agar umat tahu batas kesetiaan dan toleransi.

 

“Tanpa kefahaman ini, umat akan mudah terhebak dalam sikap komrpomi terhadap nilai-nilai yang bercanggah dengan Islam,” ujarnya.

 

Dari aspek Islam sebagai asas kenengaraan, beliau berkata, Islam bukan sekadar agama individu tetapi asas kepada Perlembagaan dan teras kenegaraan Malaysia .

 

Ujar beliau, ISMA menolak usaha menyamaratakan agama atas nama toleransi palsu yang hakikatnya meruntuhkan kedudukan Islam.

 

 “Komuniti adalah ruang pertama di mana nilai ummah dibentuk dan diperkasakan. Hari ini, masyarakat Islam telah disuntik dengan individualisme hingga hilang semangat berjemaah dan rasa tanggungjawab sosial.

 

“ISMA percaya bahawa komuniti yang berakhlak, berilmu dan saling menyokong adalah akar kepada negara yang stabil,” katanya merujuk kepada asas komuniti sebagai tiang ummah.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, ISMA menolak pemisahan agama dari kehidupan yang diasaskan oleh ideologi sekular barat.

 

Jelas beliau, Manhaj islam mesti menjadi dasar kepada pembangunan negara dan masyarakat dan hanya dengan kembali kepada manhaj itu, masyarakat dapat membina peradaban.

 

“Umat Islam mempunyai misi besar iaitu menyampaikan risalah kebenaran kepada seluruh manusia.

 

“Dakwah, ilmu dan jihad menjadi saluran utama dalam membebaskan manusia daripada kezaliman sistem batil.

 

“Ummah mesti sedar bahawa mereja bukan hanya membina komuniti tetapi sedang menggerakkan satu tamadun alternatif kepada sistem yang rosak.

 

“Inilah perjuangan yang membawa rahmat kepada seluruh alam,” tambahnya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan putus asa sokong Palestin – GSPP

Next Post

Rakyat sepatutnya bebas, tak perlu takut kongsi pandangan secara terbuka

Related Posts