Oleh: Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 26 SYAWAL – Pempengaruh, Aliff Ahmad dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas menawarkan untuk membuat carian latar belakang terperinci terhadap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melalui ‘SCRUT’.
Terdahulu, Aliff yang juga pengasas bersama SCRUT dalam hantaran di Facebook memaklumkan bahawa dia menerima banyak permintaan untuk membuat carian terhadap Nurul bagi mengetahui kerja dan sumber pendapatan anak Perdana Menteri itu.
Menurut Aliff, dia akan membuat carian itu sekiranya menerima 20,000 perkongsian di Facebook.
Aliff turut berkongsikan tangkap layar perbualan bersama seorang individu dipercayai kakitangan SKMM di aplikasi Whatsapp dia diberi notis kehadiran bertarikh 24 April pada jam 8 malam.
Aliff kemudian memaklumkan tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana mempunyai urusan dan akan hadir pada jam 10 pagi hari ini.
“Aku rasa kelakar apabila SKMM beriya nak siasat hantaran yang aku pasti tiada apa-apa kesalahan undang-undang mahupun jenayah di dalamnya.
“Walhal di luar sana berapa banyak hantaran, video atau gambar yang jelik, jijik, lucah, porno dan dahsyat yang terang-terang melanggar undang-undang dan akta Komunikasi dan Multimedia yang patut disiasat,” katanya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi