Jalur Gemilang: Maszlee saran pegawai tinggi KPM letak jawatan

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI, 26 SYAWAL – Bekas Menteri Pendidikan, Prof Dr Maszlee Malik mempersoal Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung kesalahan grafik kecerdasan buatan (AI) Jalur Gemilang pada laporan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang disediakan Lembaga Peperiksaan. 

 

Maszlee menyifatkan kesilapan itu sebagai “memalukan” dan mencerminkan kegagalan sistemik yang lebih dalam.

 

“Mengapa perkara sebegini berlaku meskipun kesilapannya agak minimal kerana grafik itu memaparkan bendera sebagai hiasan dalam gambar di dalam muka surat buku laporan tersebut, dan bukannya terpampang di muka hadapan, namun kesalahan tetap kesalahan. 

 

“Timbul persoalan, bagaimanakah sebuah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan boleh melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap bendera negara?

 

“Lagi malang, ia dikeluarkan oleh KPM  yang diamanahkan untuk mendidik rakyat sekalian?

 

“Jawapannya mudah, kerana kelalaian, kecuaian,  dan sikap tidak cermat dan tidak berdisiplin dalam menjalankan amanah,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

 

Menurut Maszlee, sesuatu dokumen rasmi kerajaan sepatutnya melalui prosedur dan prosidur operasi standard (SOP) yang ketat dan melalui pelbagai tapisan dan peringkat penelitian.

 

“Bagaimanakah prosedur sesuatu dokumen rasmi KPM untuk awam diluluskan ?

 

“Pertamanya setelah draf laporan siap ia wajib disemak oleh Pengarah Lembaga Peperiksaan dahulu.

 

“Kemudian laporan tersebut akan dibawa kepada Ketua Pengarah Pendidikan (KPPM) yang merupakan pihak teratas kumpulan profesional di dalam kementerian. Setelah disahkan, ia akan dibawa kepada Menteri untuk diluluskan.

 

“Ada kala jika ia melibatkan isu pentadbiran dan tatakelola, pihak Ketua Setiausaha (KSU) juga akan terlibat untuk menapisnya,” ujarnya. 

 

Katanya lagi, ketika beliau menjadi menteri pendidikan prosedur ketat dikenakan melibatkan pemeriksaan dan kelulusan beberapa peringkat sebelum sebarang dokumen dikeluarkan.

 

Katanya lagi, jika prosedur sama tetap dilakukan dalam kes ini, maka mesti ada yang memikul tanggungjawab atas “kesalahan dan kecuaian yang memalukan negara ini”.

 

“Demi negara dan demi menjaga imej tata kelola Madani yang dibawa oleh perdana menteri, ketua pengarah pendidikan, timbalan yang berkaitan dan juga pengarah Lembaga Peperiksaan perlulah bertanggungjawab dan mengundurkan diri secara ‘gentleman’.

 

“Melepaskan jawatan bukanlah sesuatu yang mengaibkan jika ia didasari prinsip dan maruah bangsa dan negara,” katanya lagi.

 

Terdahulu, tular gambar kesilapan pemaparan Jalur Gemilang yang dicetak dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 yang diedarkan, semalam. 

 

Gambar itu memaparkan Jalur Gemilang tidak mengikut reka bentuk sepatutnya, yang dilihat digantung di bahagian hadapan sebuah bilik darjah.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apa salahnya nak ‘SCRUT’ Nurul Izzah? – Tun Faisal

Next Post

Nurul Izzah nafi lapor SKMM

Related Posts