Oleh: Balqis Idris
BANGI, 25 SYAWAL — Tindakan seorang lelaki menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial mengundang padah apabila dia disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Menurut SKMM, suruhanjaya itu telah merakam percakapan lelaki warga emas berusia 63 tahun terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, Johor dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada 20 April lalu.
“Sebuah telefon bimbit beserta kad sim milik suspek turut disita bagi tujuan analisis forensik yang disyaki digunakan untuk memuat naik komen berunsur penghinaan tersebut,” katanya dalam kenyatan hari ini.
SKMM berkata, kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi