Oleh: Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 25 SYAWAL – Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas atas kesalahan gambar Jalur Gemilang dalam laporan berkaitan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.
“Tindakan tegas dan serta merta telah diambil ke atas semua yang terlibat. Siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kesilapan itu boleh dilihat pada bahagian Nilai Tambah Pensijilan SPM laporan itu yang mana sekeping gambar janaan kecerdasan buatan (AI) di bahagian atas muka surat tersebut menunjukkan situasi bilik darjah dengan Jalur Gemilang yang tidak sempurna turut dipaparkan.
Kesilapan itu berlaku di tengah-tengah kemarahan rakyat berkenaan paparan Jalur Gemilang yang salah oleh akhbar vernakular Cina, Sin Chew Daily yang tidak menunjukkan bulan sabit ketika lawatan Presiden China Xi Jinping ke Malaysia baru-baru ini.
Kesilapan sama turut dilihat di paparan grafik semasa satu ekspo bayi di Singapura yang mana Jalur Gemilang yang dipaparkan tidak mempunyai bulan sabit.
KPM memaklumkan, Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan yang telah dicetak akan dikembalikan untuk pembetulan.
Susulan itu tersebut, Kementerian Dalam Negeri sedang menyiasat video ekspo tersebut, menurut menterinya Saifuddin Nasution Ismail.
Kementerian Komunikasi pula akan memberi taklimat kepada organisasi media berhubung tatacara penggunaan Jalur Gemilang.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi