Kebun durian haram: DAP tidak layak jadi orang tengah – Peguam

Oleh Akmal Ahmad

 

BANGI, 25 SYAWAL –  DAP tidak layak untuk menjadi ‘orang tengah’ dalam usaha menyelesaikan kemelut antara pengusaha kebun durian haram di Raub dengan pihak kerajaan kerana wujud elemen berat sebelah dan prejudis.

 

Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi berkata, parti itu sepatutnya menawarkan diri untuk menasihatkan pihak yang mengusahakan kebun durian di tanah kerajaan secara haram supaya akur dengan tindakan kerajaan.

 

Malah katanya, isu itu tidak wajar dipertimbangkan memandangkan sebarang aktiviti yang dijalankan di tanah kerajaan tanpa mendapat kebenaran adalah satu kesalahan yang jelas.

 

“Kalau jadi perantara sama macam mengiktiraf kegiatan pekebun haram itu. Haram tetap haram sepatutnya tiada kompromi.

 

“Pada saya, apabila tak layak memang tak perlu dipertimbangkan. Tak tercapai matlamat kalau hendak selesaikan isu.

 

“Dari segi undang-undang DAP tak layak jadi orang tengah sebab berat sebelah dan prejudis,” katanya kepada TV Pertiwi 

 

Terdahulu, DAP Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedia menjadi ‘jambatan’ antara kumpulan pekebun dan kerajaan Pahang dalam isu membabitkan kebun durian Musang King di sekitar Raub.

 

Sebelum ini, kerajaan Pahang menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang melancarkan operasi menebang pokok durian yang ditanam secara haram oleh kumpulan pekebun itu di Sungai Klau pada 8 April.

 

Ekoran operasi dijalankan UPNP itu, kumpulan pekebun bersama ahli parlimen Raub mengadakan bantahan.

 

Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain menegaskan tindakan pencerobohan tanah kerajaan adalah bertentangan dengan undang-undang tanah dan Kanun Keseksaan.

 

Katanya, titah baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  pada minggu lepas yang turut menumpukan kepada isu pencerobohan tanah di negeri itu wajar diambil perhatian oleh semua pihak.

 

“Titah baginda Sultan Pahang menegaskan perbuatan menceroboh tanah adalah satu kesalahan serius.

 

“Semua pihak perlu ambil serius dan patuh kepada titah ucapa baginda,” katanya ringkas.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perdana Menteri bantu normalisasikan istilah ‘kuil haram’ – Ramasamy

Next Post

PRK Ayer Kuning: BN dijangka kekal tetapi majoriti berkurang – penganalisis

Related Posts