Cenderahati Presiden China: ‘Hadiah peribadi atau daripada DAP?’ – GPS

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI, 25 SYAWAL – Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung cenderahati kepada presiden China Xi Jinping hanya menimbulkan lebih banyak persoalan, kata Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

 

Ketua Pegawai Eksekutif GPS, Noorulhazry Saimin berkata, kenyataan Loke bahawa cenderahati yang disampaikan itu adalah hadiah peribadi, bercanggah dengan kenyataan Naib Pengerusi DAP, Teo Nie Ching.

 

“Ini kerana kenyataan beliau bercanggah dengan kenyataan terkini Teo Nie Ching di Facebook miliknya yang menyatakan ia adalah hadiah daripada DAP,” katanya kepada TV Pertiwi. 

 

Menurut Noorulhazry, Loke yang juga Menteri Pengangkutan menggunakan media sosial rasmi miliknya untuk tujuan hebahan sedangkan beliau adalah figura DAP dan wakil kabinet. 

 

“Kenapa dari awal tidak beritahu ia adalah hadiah peribadi? 

 

“Kita boleh persoalkan yang Loke ini sebenarnya cuba mahu mainkan dan bodohkan rakyat atau apa?,” soalnya. 

 

Baru-baru ini Loke memberikan plak dengan ukiran naga kepada Xi sebelum beliau berlepas ke Kemboja selepas berada di Malaysia selama tiga hari bermula 15 April hingga 17 April lepas.

 

Susulan itu, Anthony Loke dikritik kerana memberikan cenderahati itu di pintu belakang dan juga ukiran naga dilihat tidak bersesuaian.

 

Namun beliau tampil memberikan penjelasan menerusi satu hantaran di Facebook rasminya menyatakan cenderahati itu diberikan berhampiran pintu belakang demi keselamatan Presiden China dan ukiran naga adalah simbol kekuatan, kebijaksanaan serta persahabatan dalam budaya Cina.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Manfaatkan masjid sebagai medan mengangkat perjuangan Palestin – GSPP

Next Post

DAP tiada niat, agenda ubah Perlembagaan Persekutuan – Syahredzan

Related Posts