Isu sebenar babi, bukan haji – Afnan

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI, 24 SYAWAL – PAS mendakwa kenyataan Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai penangguhan haji sengaja putar belit kerana mahu alih perhatian masyarakat daripada isu sebenar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning. 

 

Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, isu sebenar yang sepatutnya diberikan tumpuan ketika kempen PRK itu adalah kewujudan ladang babi di kawasan berkenaan.

 

“Penerbangan pertama haji, 29 April. Hari mengundi PRK Ayer Kuning ialah pada 26 April.

 

“Tiga hari selepas mengundi, selamatlah berangkat pergi haji. Tiada apa-apa isu pun.

 

 “TGHH (Hadi) datang ceramah sekali sahaja, habis gegak gempita seluruh alam buana, kutuk maki. Habis keluar semua fatwa sesat dan macam-macam,” katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam. 

 

Menurut Ahli Parlimen Alor Setar itu, kenyataan Hadi sengaja dijadikan sebagai isu kerana isu berkaitan ladang babi yang dibangkitkan gagal dijawab oleh ‘pihak lawan’. 

 

“Sebenarnya mereka hanya nak alih isu babi sahaja. Mereka gagal jawab isu babi.  Isu sebenar adalah babi, bukan haji. 

 

“Masa almarhum Tok Guru Nik Aziz cakap benda yang sama tahun 2012 dulu, hangpa pi mana waktu tu?” soalnya. 

 

Terdahulu media melaporkan, dalam satu program ceramah PN sebelum ini, Hadi mengulangi rungutan sebelum ini bahawa umat Islam di negara ini lebih cenderung menunaikan ibadah haji dan umrah berbanding berusaha menguasai pentadbiran negara. 

 

“Utamakan kemenangan politik. Nabi nak tunaikan haji pun…nabi mendahulukan kemenangan politik daripada tunaikan haji dan umrah.

 

“(Ia) boleh ditangguh, kemenangan politik tidak boleh ditangguh,” katanya.

 

Kenyataan itu mendapat bantahan sejumlah pihak, antaranya bekas pemimpin PAS Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyifatkannya boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, serta Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan yang berpandangan ia satu bentuk penyalahgunaan fakta sejarah Islam.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PERKASA persoal ‘niat’ disebalik cadangan tukar nama KTMB

Next Post

Nurul Izzah disenarai antara 30 individu berpengaruh

Related Posts