‘Boikot’ senjata umat Islam lawan Israel dari luar Gaza – GSPP

Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin, Muhammad Fauzi Asmuni

Oleh: Balqis Idris

 

BANGI, 24 SYAWAL – Gerakan boikot sebagai tanda menyokong perjuangan Palestin terbukti mempunyai impak tinggi dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap perkembangan yang berlaku di Gaza.

 

Namun begitu, Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin melihat usaha ini seperti sudah menemui jalan ‘tepu’ apabila produk yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel atau negara sekutunya semakin laris.

 

Pengerusinya, Muhammad Fauzi Asmuni berkata, situasi itu dilihat berlaku apabila kelompok yang sebelum ini tidak begitu aktif memboikot kini semakin rancak membeli produk yang disenaraikan sebagai jenama pro-Israel.

 

“Sentimen memboikot masih lagi tinggi, cuma kemunculan orang yang tidak boikot itu disebabkan terdapat hujah-hujah baharu yang mereka jadikan sebagai alasan untuk muncul kembali dan membeli atau seumpamanya.

 

“Namun, kecenderungan masyarakat dunia untuk boikot itu sebenarnya bagus dan usaha yang boleh disuburkan lagu, cuma kita perlu berkempen dengan lebih kuat,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Mengulas lanjut, Muhammad Fauzi berkata, gerakan memboikot sememangnya berjaya dimanfaatkan usahawan tempatan, namun usaha itu tidak memberi impak signifikan selagi umat Islam tidak berupaya menguasai seluruh rantaian ekonomi.

 

Jelas beliau, penguasaan dalam rantaian bekalan penting demi mendominasi industri secara menyeluruh dan mengelakkan sebarang usaha untuk mensabotaj.

 

“Selagi umat Islam tidak berfikir untuk menguasai keseluruhan rantaian ini, dengan mudah mereka (musuh Islam) boleh sabotaj.

 

“Sebagai contoh, katakanlah kita nak bersaing dalam perniagaan ayam goreng, penghasilannya memerlukan ladang untuk ternakan ayam. Sekiranya di situ pun kartel-kartel ayam ini sabotaj, kita sudah mati,” katanya.

 

Justeru, beliau berkata, situasi ini merupakan masalah hakiki yang perlu dihadapi umat Islam.

 

“Bukannya umat Islam tidak mahu ambil peluang dan menawarkan produk alternatif, tetapi ini sebenarnya usaha yang perlu dilakukan oleh umat Islam secara menyeluruh.

 

“Kita perlu menguasai rantaian ekonomi itu bermula daripada pembekal, bahan mentah dan seumpamanya hinggalah produk itu masuk ke peringkat pasaran,” tambah beliau.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemberian cenderahati kepada Xi Jinping adalah hadiah peribadi – Loke

Next Post

PERKASA persoal ‘niat’ disebalik cadangan tukar nama KTMB

Related Posts