SKMM rakam keterangan lelaki muat naik kandungan palsu guna AI

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 23 SYAWAL – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merakam percakapan seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan palsu berkaitan Pahang di platform Facebook pada 19 April lalu.

 

SKMM dalam kenyataan hari ini berkata, sesi rakaman percakapan itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, semalam.

 

“Kandungan tersebut dipercayai dijana melalui bantuan kecerdasan buatan (AI).

 

“Susulan itu, pelbagai spekulasi dan persepsi negatif telah timbul dalam kalangan orang awam berkaitan pekebun haram di daerah Raub, Pahang,” katanya.

 

Menurut SKMM, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta 588.

 

“Jika sabut kesalahan, individu terbabit  boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali,” tambahnya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perak tidak lulus ladang babi baharu di kawasan majoriti Islam – Exco

Next Post

BERSIH kecam salah laku PRK Ayer Kuning

Related Posts