Israel tak mengaku bunuh paramedik, petugas kesihatan

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 22 SYAWAL — Tentera negara haram Israel tidak mengaku sengaja membunuh anggota paramedik dan petugas kesihatan di Gaza meskipun laporan bedah siasat menunjukkan sebaliknya.

 

Menurut laporan media antarabangsa, Israel menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah untuk memburukan ‘nama baik’ tentera mereka.

 

Israel berkata, tiada bukti pembunuhan sengaja selepas negara haram itu menjalankan siasatan terhadap insiden terbabit.

 

Namun begitu, Agensi Kemanusiaan PBB (OCHA) mengesahkan bahawa kenyataan dikeluarkan Israel bercanggah dengan testimoni dan bukti yang diperoleh.

 

“Tanpa pertanggungjawaban, kita berisiko terus menyaksikan kekejaman berlaku, dan norma-norma yang direka untuk melindungi kita semua akan terus terhakis,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Kenyataan balas itu hadir apabila tentera Israel mengubah kenyataan mereka selepas sebuah rakaman video tersebar yang bercanggah dengan dakwaan bahawa konvoi tersebut menghampiri secara ‘mencurigakan’.

 

Tular rakaman menunjukkan konvoi yang terdiri daripada ambulans, sebuah trak bomba dan kenderaan PBB yang jelas bertanda serta menggunakan lampu isyarat, sekali gus menafikan dakwaan Israel mengenai konvoi yang dianggap mencurigakan. 

 

Mengulas lanjut, Jonathan menegaskan bahawa jumlah korban di Gaza dalam kalangan orang awam, termasuk pekerja bantuan kemanusiaan, semakin meningkat, namun banyak kisah mereka tidak mendapat liputan media yang sewajarnya.

 

“Sudah terlalu ramai orang awam, termasuk pekerja bantuan, terbunuh di Gaza. Kisah mereka tidak semuanya mendapat perhatian media,” katanya. – Aljazeera

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hairan apabila kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang dilakukan rakyat Malaysia

Next Post

JAKIM siasat kenyataan Presiden PAS

Related Posts