SPRM, Kementerian Ekonomi tubuh pasukan pantau projek negeri, daerah

Oleh: Balqis Idris

 

BANGI, 19 SYAWAL — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Ekonomi telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan pasukan khas bagi memantau pelaksanaan projek-projek yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi di peringkat negeri dan daerah.

 

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan mengadakan pertukaran maklumat antara Kementerian dan SPRM berhubung jumlah peruntukan yang diluluskan kepada Negeri dan Daerah.

 

“SPRM mengalu-alukan keseriusan dan keterbukaan YB Dato’ Seri Rafizi Ramli, dalam memastikan ketelusan bagi mengekang ketirisan projek-projek yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi demi kepentingan rakyat.

 

“Ia termasuk menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan pelaksanaan projek yang telah diluluskan,” katanya dalam kenyataan semalam. 

 

Selain itu, SPRM turut mengenal pasti kelemahan dalam Tatacara Pelaksanaan (SOP) dan akan menambahbaik SOP bagi memperkukuhkan pengurusan bajet, pemantauan, serta pelaksanaan projek dengan lebih berkesan.

 

Justeru, SPRM berkata, keterbukaan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Menteri Ekonomi adalah penting dan wajar dijadikan contoh kepada kementerian dan agensi lain. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu Jalur Gemilang: 42 saksi diambil keterangan – Polis

Next Post

Rakyat nak kerajaan ambil tindakan tegas, bukan buat taklimat – Tun Faisal

Related Posts