Akhbar Sin Chew Daily gantung tugas Ketua Pengarang, Timbalan Ketua Pengarang

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 19 SYAWAL — Sin Chew Daily menggantung tugas Ketua Pengarangnya, Chan Aun Kuang dan Timbalan Ketua Penyunting Berita susulan isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang muka depan akhbar tersebut.

 

Pengurusan akhbar dalam kenyataan semalam berkata, tindakan itu diambil atas dasar tanggungjawab penuh terhadap kecuaian yang berlaku, lapor Astro Awani

 

“Susulan kesilapan yang melibatkan penyiaran imej Jalur Gemilang di muka depan Sin Chew Daily, Sin Chew telah memutuskan untuk menggantung kedua-dua mereka,” katanya.

 

Sebelum ini, akhbar berbahasa Cina itu menyiarkan imej Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan sabit di muka hadapan sempena liputan lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke Malaysia.

 

Susulan itu, polis semalam selesai merakam keterangan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily bagi membantu siasatan berkenaan isu tersebut. 

 

Dalam pada itu, kenyataan akhbar itu turut menegaskan bahawa penggantungan tersebut berkuat kuasa serta-merta dan akan kekal sehingga siasatan polis selesai.

 

Akhbar tersebut memohon maaf dan berjanji untuk memperkukuhkan prosedur semakan, terutamanya dalam penggunaan kecerdasan buatan.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Halang bantuan kemanusiaan masuk Gaza tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan

Next Post

Tun Mahathir tuntut Puad mohon maaf, tarik balik dakwaan berhubung isu aset parti

Related Posts