Kwong Wah Yit Poh pula disiasat SKMM siar foto Jalur Gemilang tak lengkap

Oleh: Balqis Idris

 

BANGI, 18 SYAWAL — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil pihak media Kwong Wah Yit Poh bagi membantu siasatan berhubung penyiaran gambar bendera Malaysia yang tidak lengkap di platform media sosial rasmi syarikat akhbar itu.

 

SKMM dalam kenyataan semalam berkata, siasatan berkaitan penyiaran kandungan dalam talian itu dijalankan mengikut undang-undang sedia ada yang mengawal selia komunikasi digital di negara ini. 

 

“SKMM memandang serius perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan, sekiranya perlu dan berkaitan.

 

“Siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), khususnya Seksyen 233 memandangkan kesalahan adalah melibatkan kandungan yang dimuat naik secara dalam talian,” katanya.

 

Sebelum ini, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily menarik perhatian ramai apabila salah memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang yang mana ia tidak mengandungi lambang bulan sabit. 

 

Susulan itu, ramai menggesa syarikat media itu dikenakan tindakan tegas kerana menganggap ia sebagai penghinaan kepada negara.

 

Dalam pada itu, SKMM memberi peringatan tegas kepada semua pihak, termasuk media dan orang awam, agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang menghina atau tidak menghormati simbol negara. 

 

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini. MCMC komited untuk memastikan penggunaan media digital di Malaysia kekal tertib dan menghormati simbol-simbol kebangsaan,” katanya. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu Jalur Gemilang: Hanya ‘tip of the iceberg’ – ISMA

Next Post

Satu dunia hanya ‘menonton’ penderitaan di Gaza – OCHA

Related Posts