Isu Jalur Gemilang: Hanya ‘tip of the iceberg’ – ISMA

Oleh Akmal Ahmad

 

BANGI,18 SYAWAL – Isu kesalahan memaparkan Jalur Gemilang ibarat “the tip of the iceberg” yang kelihatan hanyalah kesan kecil daripada satu masalah yang jauh lebih besar, iaitu krisis jati diri nasional dan kesetiaan kepada negara.

 

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Shuhaib Ar-rumy Selamat berkata, akar kepada masalah ini banyak berpunca daripada sistem pendidikan vernakular yang terpisah daripada arus perdana pendidikan kebangsaan. 

 

“Sistem vernakular ini membina identiti etnik melebihi identiti kebangsaan, sekolah vernakular cenderung menekankan budaya dan bahasa etnik tanpa integrasi menyeluruh dengan nilai-nilai kebangsaan dan sejarah Malaysia yang bersifat inklusif.

 

“Dalam banyak kes, penghayatan kepada simbol negara seperti Jalur Gemilang, Rukun Negara, lagu Negaraku, dan sejarah perjuangan kemerdekaan tidak diterapkan dengan cukup mendalam atau tidak menjadi fokus utama,” katanya dalam kenyataan. 

 

Menurut Shuhaib, faktor-faktor berkenaan membawa kepada generasi yang mungkin lahir dan tinggal di Malaysia, tetapi jiwa dan pemikiran mereka tidak berakar kepada tanah air ini. 

 

“Maka apabila timbul isu berkaitan simbol negara, mereka gagal menunjukkan kepekaan dan kesetiaan yang sepatutnya.

 

“Bila masih ada yang keliru atau tak ambil peduli tentang bendera negara sendiri, itu tandanya ada sesuatu yang tak kena dalam sistem kita, khususnya dari segi pendidikan, perpaduan dan pembentukan jati diri nasional.

 

“Apabila isu seperti ini masih timbul selepas lebih enam dekad kita merdeka, ia sebenarnya sangat menyedihkan dan membimbangkan. 

 

“Ia menunjukkan bahawa kita belum benar-benar berjaya membentuk rakyat Malaysia yang bersatu hati dan jiwanya,” katanya. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Komen perlekeh Islam ketika istiadat pengebumian Tun Abdullah, JAKIM lapor SKMM

Next Post

Kwong Wah Yit Poh pula disiasat SKMM siar foto Jalur Gemilang tak lengkap

Related Posts