Oleh Akmal Ahmad
BANGI,17 SYAWAL – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah menggesa pihak polis siasat dan mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa menghina agama Islam menerusi hantarannya di Facebook.
Ketua Penerangan PERKASA Kedah, Azrol Mansor berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Karenan Ponnusamy.
Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook itu.
“PERKASA juga menggesa kerajaan menggubal undang-undang kepada hukuman lebih berat terhadap mana-mana individu yang sengaja menghina agama di negara ini.
“PERKASA Kedah juga menolak sebarang permohonan maaf kerana bukan sekali dua isu hina agama dilakukan.
“Tetapi sudah berkali-kali sehingga orang melayu dan Islam hari ini sudah jemu dan bosan dengan hukuman yang tidak setimpal dikenakan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Azrol berkata, pihaknya turut berharap semua rakyat Malaysia menghormati sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini apatah lagi agama Islam adalah agama persekutuan yang sudah termaktub dalam perlembagaan.
“PERKASA berharap insiden menghina mana- mana agama dapat dihentikan demi menjaga perpaduan kaum dan agama dalam negara Ini,” katanya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi