Oleh: Azzman Jamal
BANGI, 17 SYAWAL – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa bendera adalah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara.
Baginda bertitah, bendera bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, tetapi mewakili perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata.
“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.
“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan di sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,” titah Seri Paduka Baginda hari ini.
Sultan Ibrahim bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi