Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI,16 SYAWAL – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 2.30 petang.
Perdana Menteri kelima itu dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara.
Terdahulu, sembahyang jenazah, tahlil serta bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.
Selain balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, turut berada di Makam Pahlawan ialah anak Allahyarham, iaitu Kamaluddin serta Nori, dan suami Khairy Jamaluddin dan beberapa ahli keluarga terdekat memetik Bernama.
Turut berada di Makam Pahlawan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta pemimpin lain.
Terdahulu, penghormatan terakhir kepada Allahyarham Abdullah bermula pada 10 pagi hingga satu tengah hari.
Abdullah yang lebih dikenali sebagai “Pak Lah” meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi