Oleh: Azzman Jamal
BANGI, 15 SYAWAL – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah murka dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menceroboh tanah di negeri itu.
Justeru, baginda bertitah supaya orang ramai menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pencerobohan tanah di Pahang.
“Saya pun naik darah juga. Banyak orang menceroboh tanah negeri Pahang ini.
“Sudah sampai masanya kita berkeras dan mereka yang menceroboh ini tanah-tanah di Pahang ini.
“Jagalan negeri kita. Jagalah bumi Pahang kita dengan sebaik mungkin,” titah baginda di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut semalam yang dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang.
Baginda turut bertitah bahawa isu pencerobohan tanah dapat diselesaikan dengan baik.
Sebelum ini, operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub yang didakwa menceroboh tanah kerajaan negeri telah menarik perhatian ramai apabila perkara itu dikecohkan oleh Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui.
Kerajaan Pahang turut menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi