Oleh: Azzman Jamal
BANGI, 15 SYAWAL – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Ngeara, Kuala Lumpur pada jam 7.10 malam.
Perkara itu disahkan menantu arwah yang juga bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi laman Instragram beliau sebentar tadi.
Abdullah merupakan Perdana Menteri kelima selepas dilantik pada 31 Oktober 2003, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau memimpin negara selama enam tahun sebelum digantikan dengan timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi