Ceroboh tapak masjid: ‘Buat duit atas angin’ – JPKK Dengkil

Oleh Akmal Ahmad

 

BANGI,15 SYAWAL – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dengkil mendakwa penceroboh di tapak masjid baharu Dengkil telah memperoleh banyak faedah sejak tinggal di kawasan itu.

 

Menerusi hantaran di Facebook Pengerusi JPKK Dengkil  berkata, terlalu banyak hasil pencerobohan diambil hasil menggunakan tapak masjid yang tidak perlu mengeluarkan satu sen dan hanya buat duit ‘atas angin’.

 

“Kalau orang lain buat kandang lembu kena ikut prosedur operasi standard (SOP) yang betul untuk saluran najis atau darah dan sebagainya. 

 

“Ini tiada najis darah semua lepas ke longkang yang menghala ke kampung. Tokey lembu dapat untung orang kampung dapat taik.

 

“Ada hari tu tanya pekerja dia masa raya Aidilfitri berapa banyak ekor lembu ada jual, pekerja dia cakap dalam 20 ekor. Seekor anggaran RM4,000 hingga RM5,000. Kita ambillah RM4,000 seekor kali dengan 20 ekor dapat dalam RM80,000. Itu tidak termasuk kambing berapa ekor pula terjual.

 

“Pembeli pula orang Melayu sebab itu boleh dapat harga murah,” tulisnya. 

 

Pengerusi JPKK Dengkil turut mempersoalkan bagaimana ada pihak yang membuat surat persetujuan dengan pekerja binaan kontrak untuk rumah sewa kongsi di situ.

 

Dakwanya, bekalan elektrik dan air juga disambung daripada sekolah Tamil berdekatan dan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

 

“Ni belum cerita dia ada buat rumah sewa kongsi kepada pekerja binaan kontrak.. wakil kontraktor ada bayar dia sebulan RM2,000 sebab wakil kontrak tanya, dia mengaku dia tuan tanah siap ada agreement lagi dengan penyewa.

 

“Apa lagi nak? tanah dapat, duit jual lembu dapat, kutip sewa lagi. Yang orang kampung melopong sebab geng bihun tutup mata.

 

“Harap Kementerian Pendidikan Malaysia tak tidur juga macam mana sekolah boleh bagi api (elektrik) percuma kepada penceroboh

 

“Perkara seperti ini perlu didedahkan sebab kasi hak dekat orang kampung, ternakan dia berak merata atas jalan tanpa pengawasan,” tulis pengerusi itu lagi.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu kebun durian Raub: Mana kerajaan Madani? – MUDA

Next Post

“Saya pun naik darah, banyak orang ceroboh tanah Pahang” – Sultan Pahang

Related Posts