Pengumuman dana KPKT ketika PRK Ayer Kuning mencurigakan – PERKASA

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 13 SYAWAL – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mempersoalkan tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan dana bagi pembangunan infrastruktur awam kepada penduduk Tapah ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan berlangsung tidak lama lagi.

 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata, pengumuman peruntukan sebanyak RM6.13 juta oleh Menteri KPKT, Nga Kor Ming itu mencetuskan tanda tanya sama ada kerajaan ingin meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

 

“Perkasa ingin mempersoalkan kepada Menteri KPKT, mengapa dana ini diluluskan semasa tempoh PRK Ayer Kuning?

 

“Adakah kerajaan ingin mendapat sokongan rakyat yang bila mana rakyat hari ini sudah muak dan letih dengan propaganda politik dimainkan oleh pihak kerajaan hari ini?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

 

Mengulas lanjut, Irwan berkata, tindakan itu adalah bercanggah dengan prinsip pilihan raya.

 

Lebih mengecewakan, katanya, perbuatan itu sebelum ini pernah dikritik pemimpin yang sebelum ini menjadi pembangkang.

 

“Tindakan pemberian dan ini juga sedikit sebanyak menunjukkan bahawa kerajaan yang ada hari ini terlalu terdesak sehingga meluluskan dana kerajaan demi mendapat sokongan rakyat menjelang PRK nanti.

 

“PERKASA mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini,” katanya.

 

Tambah beliau, pemberian dana itu menimbulkan kecurigaan dan persepsi negatif tentang pengaruh politik dalam proses pilihan raya dan juga merupakan pelanggaran serius terhadap prinsip demokrasi yang adil dan bersih.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengosongan tapak Masjid Dengkil dibuat dalam tempoh 1 bulan – JAIS

Next Post

Isu kebun durian Raub: Mana kerajaan Madani? – MUDA

Related Posts