Pembinaan Masjid Dengkil tertangguh disebabkan libat urus bersama JAKOA – MP Sepang

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 11 SYAWAL — Projek pembinaan Masjid Dengkil di Kampung Dengkil tertangguh disebabkan beberapa perbincangan libat urus bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kata Ahli Parlimen Sepang Datuk Aiman Athirah Sabu.

 

Beliau berkata, tapak seluas 10 ekar itu telahpun diwartakan sebagai tapak masjid yang mana kelulusan bajet bagi pembinaan masjid itu telah pun diperoleh dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

 

“Walaubagaimanapun, ias masih tertangguh pelaksanaannya disebabkan oleh beberapa perbincangan libat urus bersama JAKOA Selangor berkaitan isu tanah ruai masyarakat orang asli,” katanya dalam hantaran di Facebook.

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pencerobohan tapak masjid di Kampung Dengkil.

 

Pagi tadi, pegawai daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta pegawai daerah dan pihak polis telah mengadakan lawatan ke tapak untuk membuat pemantauan.

 

Tinjauan TV Pertiwi mendapati, tapak itu kini dihuni satu keluarga yang turut menternak haiwan dan mendakwa telah menetap di situ selama 25 tahun.

 

Dalam pada itu, Aiman Athirah berharap isu terbabit dapat ditangani dengan tenang dan mengikut lunas undang-undang.

 

“Negara ini adalah negara hukum, semua kita tertakluk kepada perundangan.

 

“Maka apa sahaja isu yang berbangkit, kita yakin boleh ditangani dengan tenang dan damai mengikut lunas undang-undang,” tambahnya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan laksana peraturan baharu

Next Post

Aduan berkaitan pemilihan PKR perlu disalur ikut saluran rasmi – Dr Zaliha

Related Posts