Aduan berkaitan pemilihan PKR perlu disalur ikut saluran rasmi – Dr Zaliha

Oleh Balqis Idris

 

BANGI, 11 SYAWAL —

 

Sebarang aduan berkaitan salah laku dalam pemilihan PKR 2025 perlu diajukan melalui saluran rasmi yang disediakan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

 

Katanya, ia bagi membolehkan jawatankuasa aduan meneliti dan menyiasat secara adil dan menyeluruh.

 

“Apa yang kita nak adalah secara official, iaitu pengaduan itu kenalah melalui saluran JPP. Apa itu saluran JPP? Kita ada email, hotline, dan kita ada link kepada Jawatankuasa Aduan.

 

“Setiap aduan itu akan diteliti oleh jawatankuasa aduan. Sebab kadang-kadang selepas jawatankuasa, kita pun nak tahu sama ada betul atau tidak aduan itu. 

 

“Kita kena refer semula kepada orang yang mengadu, kepada orang yang diadu,” katanya dalam perkongsian video di Facebook. 

 

Terdahulu, pada 26 Jan lepas, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, mengumumkan bahawa pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan AMK Cabang akan berlangsung dari 11 hingga 20 April.

 

Sementara itu, menurut laporan media, pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP), dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) untuk sesi 2025-2028 akan dilaksanakan pada 24 Mei akan datang.

 

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, ada kemungkinan terdapat aduan yang tidak sahih atau kukuh maka proses tapisan dan siasatan perlu dilakukan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak. 

 

“Kadang-kadang aduan itu tidak sahih pun, tidak ‘legit’ pun jadi kita tolak tepi. Kalau dia legit, kita kena ada proses macam ‘proses mahkamah’ juga, tanya untuk menentukan sama ada ia betul ataupun tidak dan kita perlukan kepada aduan rasmi tersebut.

 

“Kita galakkan minta kepada anggota kalau betul-betul nak mengadu, please go to the right channel which is jawatankuasa aduan JPP 2025,” katanya. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pembinaan Masjid Dengkil tertangguh disebabkan libat urus bersama JAKOA – MP Sepang

Next Post

Ceroboh tanah bukan isu kaum, kata Dr Akmal

Related Posts