PRK Ayer Kuning: Pemuda MCA sasar raih sokongan pengundi Cina

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 10 SYAWAL — Pemuda MCA sasar untuk meraih sokongan pengundi Cina dalam membantu calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April depan.

 

Ketua Penerangannya, Neow Choo Seong berkata, fokus utama Pemuda MCA adalah untuk memastikan seramai mungkin daripada 21% pengundi Cina keluar mengundi dan menyokong BN semasa hari mengundi.

 

Pada masa sama, Choo Seong yang juga Pengarah Komunikasi Pemuda BN mengingatkan gabungan itu supaya tidak leka dan terlalu yakin dalam menghadapi PRK itu.

 

“Parlimen Tapah adalah kubu kuat BN Pendekatan yang akan digunakan oleh Pemuda MCA semasa berkempen ialah meyakinkan pengundi agar memilih calon yang dapat mewakili dan berkhidmat untuk rakyat di Ayer Kuning secara inklusif.

 

“Jentera BN diingatkan jangan terlalu leka dan terlalu yakin sehingga lupa akan perkara pokok.

 

“Kita perlu memastikan semua pengundi keluar mengundi dan menjadikan calon BN sebagai pilihan utama mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sebelum ini, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir diumum sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning.

 

Mengulas lanjut, Choo Seong berkata, Pemuda MCA bersama Pemuda BN yang dipimpin Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sedang giat merangka serta menjalankan pelbagai aktiviti bagi mendekati golongan muda di Ayer Kuning.

 

“Kita mahu suara anak muda sentiasa didengari oleh pucuk pimpinan sama ada di peringkat tempatan, negeri mahupun nasional,” tambah beliau.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tarif AS: Trump mahu kurangkan defisit dagangan AS – penganalisis

Next Post

PAS persoal kedudukan calon BN

Related Posts