Oleh Wartawan TV Pertiwi
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menjelaskan, kereta mewah jenis Lamborghini Aventador yang dipandu seorang warga China tanpa lesen tidak disita seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Menurut JPJ WPKL berkata, pemandu tersebut hanya dikenakan saman dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025, di Jalan Bangsar semalam, lapor Bernama.
“JPJ WKL hanya mengeluarkan saman kepada pemandu dan membenarkan penumpang berlesen sah membawa kenderaan berkenaan pulang.
“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul,” katanya
Terdahulu, media melaporkan Pengarah JPJ WKL, Hamidi Adam berkata kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 28 tahun itu antara 27 kenderaan yang disita dalam operasi bersepadu berkenaan.
Lelaki itu yang juga merupakan seorang pencipta kandungan dipercayai memandu kereta mewah miliknya dalam perjalanan pulang ke Damansara Heights bersama kekasihnya selepas menghadiri majlis pelancaran sebuah restoran makanan segera di Kepong.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi