PAS sokong fatwa jihad Kesatuan Ulama selamatkan Gaza

Oleh Akmal Ahmad

 

BANGI, 8 SYAWAL — PAS menyokong penuh fatwa Kesatuan Ulama Sedunia dalam menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.  

 

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata fatwa itu selari dengan seruan PAS dalam isu Palestin memerlukan sokongan penuh umat Islam.

 

“Fatwa ini bukan sahaja menjunjung tinggi prinsip Islam yang menuntut keadilan dan pembelaan terhadap umat yang tertindas.

 

“Malah ia merupakan seruan yang tegas dan syarie kepada seluruh dunia Islam untuk bangkit melaksanakan tanggungjawab mereka.

 

“Antara isi penting fatwa yang perlu diberikan perhatian adalah kewajipan berjihad dengan senjata bagi setiap Muslim yang berkemampuan demi membebaskan Palestin,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas fatwa Kesatuan Ulama Sedunia.

 

Katanya, PAS menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama menginsafi dan menghayati isi kandungan fatwa tersebut.

 

“Kita tidak boleh lagi berdiam diri atau sekadar menjadi pemerhati kepada kezaliman yang berlaku. 

 

“Ini adalah medan ujian bagi keimanan dan maruah umat Islam seluruhnya. Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim,” katanya.

 

Kesatuan Ulama Sedunia minggu lalu mengeluarkan fatwa kewajipan jihad bersenjata terhadap penjajah di Palestin bagi setiap Muslim yang mampu di kalangan negara Islam.

 

Negara Arab dan Islam juga diwajibkan untuk campur tangan segera dalam aspek ketenteraan selain mengepung musuh Zionis di darat, laut dan udara.

 

Fatwa itu mendesak penubuhan pakatan ketenteraan Islam bagi melindungi umat dan menghalang pencerobohan. 

 

Katanya, normalisasi hubungan dengan Zionis serta bekalan minyak dan gas kepada mereka juga perlu diharamkan. 

 

Kesatuan Ulama Sedunia mewajibkan berjihad dengan harta untuk membantu rakyat Gaza dan mempercepatkan pembukaan laluan bantuan.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MB: Selangor tampung sewa RM2,000 mangsa letupan

Next Post

Cuma 5.6 peratus, Menteri nafi tarif import Malaysia tinggi

Related Posts