Dua kakitangan bantah AI Microsoft bunuh rakyat Palestin

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 6 SYAWAL — Kakitangan Microsoft di Washington, Amerika Syarikat (AS) berhimpun membantah produk kecerdasan buatan (AI) syarikat itu semalam. 

 

Ibtihal Aboussad yang mengganggu pembentangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AI Microsoft, Mustafa Suleyman berkata produk itu membantu kezaliman Israel, lapor AP. 

 

“Malulah Mustafa. Kamu mendakwa AI harus digunakan untuk kebaikan tetapi Microsoft menjual senjata AI kepada Tentera Penjajah Israel (IOF). 

 

“50,000 nyawa menjadi korban dan Microsoft membantu pembunuhan beramai-ramai itu di sini. 

 

“Tangan kamu dan Microsoft kini berlumuran darah,” katanya turut melemparkan selendang solidariti Palestin yang dipakainya ke atas pentas. 

 

Mustafa sempat mengucapkan terima kasih kepada Ibtihal sebelum wanita itu diarah meninggalkan majlis. 

 

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Microsoft di Washington semalam dihadiri pengasasnya, Bill Gates dan bekas CEO Steve Ballmer. 

 

Pembentangan Mustafa memberikan kemaskini perkhidmatan AI Microsoft, Copilot dengan visi jangka panjang syarikat kepada hadirin yang hadir.

 

Seorang lagi kakitangan, Vaniya Agrawal turut mengganggu majlis ketika Gates, Ballmer CEO Microsoft Satya Nadella berada di atas pentas.

 

Model AI Microsoft dan OpenAI  digunakan IOF sebagai alat bantuan untuk melancarkan serangan bom di Gaza dan Lubnan. 

 

Program AI itu pernah melancarkan serangan udara sesat pada 2023 yang menyasarkan keluarga dari Lubnan membunuh tiga gadis dan seorang warga emas. 

 

Pembentangan semalam disiarkan secara langsung kepada kakitangan syarikat dengan sebahagian mereka berhimpun di luar majlis. 

 

Microsoft berkata syarikat itu terbuka mendengar pelbagai pandangan namun ia perlu disuarakan dengan cara yang betul. 

 

Katanya, Microsoft komited untuk memastikan amalan urus tadbir syarikat berada pada tahap tertinggi. 

 

“Kami memberikan pelbagai ruang untuk semua pihak didengar. Paling penting, kami menggesa ia disuarakan tanpa gangguan kepada syarikat. 

 

“Jika itu berlaku, kami meminta ia diaturkan semula,” katanya. 

 

Ibtihal berkata dia dan Vaniya sudah tidak dibenarkan mengakses portal kakitangan Microsoft yang menunjukkan kemungkinan mereka akan dipecat.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tarif timbal balik AS dijangka lebih menjejaskan MNC luar negara beroperasi di Malaysia

Next Post

PERKASA desak kerajaan siasat NGO sebar agenda komunis

Related Posts