Kerajaan hari ini bukan Kerajaan Perpaduan – Tun Mahathir

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 5 SYAWAL — Kerajaan yang dibentuk hari ini bukanlah Kerajaan Perpaduan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan hari ini yang dibentuk sejak Pilihan Raya Umum lalu adalah gabungan yang terdiri daripada kalangan ‘penyokong’.

 

“Pihak terdiri daripada Ahli Parlimen yang tidak menyokong Perdana Menteri tidak diterima dalam kerajaan.

 

“Ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan (hari ini) adalah Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam ciapan di media sosial.

 

Menurut Dr Mahathir, Kerajaan Perpaduan yang sebenar adalah seperti yang terbentuk di United Kingdom ketika Perang Dunia Kedua (WWII) ketika negara itu dipimpin oleh Perdana Menteri, Winston Churchill pada  1940 hingga 1945.

 

Beliau menjelaskan, ketika itu, Churchill mengambil alih pentadbiran daripada Neville Chamberlain yang mentabir semasa perang dunia itu bermula sehingga meletakkan jawatan pada 1940.

 

“Kerajaan (UK) pada ketika itu adalah gabungan terdiri daripada parti politik berbeza termasuk dalam kalangan pembangkang.

 

“Ketika itu, mereka tumpu kepada strategi dan kepimpinan semasa peperangan.

 

“Ia merupakan Kerajaan Perpaduan. Semua parti (terlibat). Parti Konservatif yang dipimpin Winston Churchill, parti Labour diketuai Clement Attlee dan parti Liberal dikemudi oleh Archibald Sinclair yang berada dalam Kabinet,” ujarnya.

 

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Clement Attlee berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri manakala Archibald Sinclair memegang jawatan Setiausaha Negara untuk udara.

 

Katanya, semua keputusan Kabinet dibuat oleh semua pihak parti politik dalam kerajaan.

 

“Tidak perlu untuk parti-parti politik itu setia kepada parti Konservatif atau Perdana Menteri. Kesetiaan mereka adalah kepada negara.

 

“Kerajaan Perpaduan Malaysia perlu menyokong Perdana Menteri. Kritikan terhadap Perdana Menteri mungkin akan menyebabkan tindakan diambil,” tambahnya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kebakaran paip gas: Namakan pihak bertanggungjawab – PAS

Next Post

Tarif timbal balik AS dijangka lebih menjejaskan MNC luar negara beroperasi di Malaysia

Related Posts