PM: Kerajaan, Petronas sedia pulihkan semula kawasan rumah

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 3 SYAWAL — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan jangka panjang kepada mangsa kebakaran di Putra Heights sedang dirangka untuk proses pemulihan. 

 

Perdana Menteri berkata selain bantuan wang tunai kepada mangsa kebakaran, kerajaan dan Petronas akan mengambil langkah perlu memulihkan keadaan seperti sedia kala. 

 

“Melihat kesan kemusnahan, proses pemulihan perumahan dan kawasan sekitarnya dijangka mengambil masa yang lama. 

 

“Justeru di samping bantuan tunai serta menambah baik kebajikan mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bantuan jangka panjang yang munasabah sedang dirangka.

 

“Insya Allah, kerajaan persekutuan bersama-sama Petronas dan kerajaan negeri akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memulihkan kawasan perumahan ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas kebakaran besar di Putra Heights, Selangor.

 

Katanya, seluruh jentera kerajaan akan dikerahkan untuk mengambil tindakan sesegera mungkin dalam membantu mangsa kebakaran. 

 

“Semua agensi berkaitan juga sudah diarah untuk berbincang segera dengan wakil penduduk bagi meneliti tindakan seterusnya. 

 

“Keutamaan adalah memastikan mangsa mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa sementara proses pemulihan dijalankan.

 

“Penghargaan juga buat Masjid Putra Heights dan Kuil Sri Maha Kaliamman yang menawarkan bantuan buat mangsa tragedi ini.

 

“Semangat kebersamaan begini menjadi kekuatan kita di saat sukar ini,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mangsa tragedi api besar layak terima zakat, kata bekas mufti

Next Post

Bomba sedia robohkan struktur rumah terbakar tidak selamat

Related Posts