Bukan kerajaan, Lando desak pemaju bayar semua pampasan

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 3 SYAWAL — Aktivis sosial menegaskan pampasan kepada mangsa kebakaran di Putra Heights tidak wajar menggunakan dana kerajaan. 

 

Lando Zawawi berkata pemaju projek terbabit perlu mengambil tanggungjawab penuh untuk kos menggantikan kediaman dan kenderaan yang musnah dalam kebakaran. 

 

“Sudah jadi begini siapa hendak bayar? Duit mana? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)? Itu duit cukai rakyat. Saman sajalah pemaju. 

 

“Tidak mungkin kerja pemaju tidak dilindungi insurans? Lindung dan bayarlah. Kenapa mahu guna duit KPKT? Kalau ada bon deposit, pakai wang itu, biar habis. 

 

“Petronas juga terlibat sebab itu tanah rizab mereka. Tidak mungkin mereka tidak tahu sudah tiga bulan kerja dijalankan. Aduan sudah ada pada 17 Disember,” katanya.

 

Beliau berkata demikian menerusi video siaran langsung yang dimuatkan di laman Facebook miliknya semalam. 

 

Katanya, pemaju perlu dipastikan menanggung semua jumlah papasan mangsa dan tidak menggunakan alasan bencana alam untuk melepaskan diri.

 

“Kalau mereka guna alasan bencana alam, mereka akan lepas. Perkara ini pernah berlaku pada kes pokok tumbang menimpa manusia, alasan bencana alam, tuntutan tidak dilayan.  

 

“Mereka akan dakwa kuasa Tuhan. Benda ini bila terjadi kepada mereka, alasan kuasa Tuhan. 

 

“Bila mereka mula main elemen oksigen, tanah lembap, hujan dan angin kuat, itu semua alasan menjurus kepada bencana alam. Bila bencana alam, mereka akan lepas tangan,” katanya.   

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bomba sedia robohkan struktur rumah terbakar tidak selamat

Next Post

BLEVE cara meletup, siasat anasir ceroboh, kata WAFIQ

Related Posts