Tidak menyesal, Harith Iskander umum persembahan komedi 24 Mei ini

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 29 RAMADAN — Tanpa rasa penyesalan atas kesalahan menghina Islam, pelawak Harith Iskander akan menganjurkan satu persembahan komedi yang akan diadakan pada 24 Mei ini. 

 

Harith berkata persembahan yang akan diadakan di The Glassbox Mont Kiara, Kuala Lumpur itu menceritakan kisah sebenar di sebalik kontroversi menyelubunginya.

 

Jailed for Jokes? Adalah persembahan komedi berdiri paling berani saya. Tiada tapisan, penyesalan dan terus-menerus merujuk tajuknya.

 

“Saya bersedia menceritakan kisah daripada sisi saya. Bersedialah untuk malam yang membongkar kebenaran secara lucu dan kisah sebenar di sebalik kemarahan itu,” katanya.

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini sambil menggesa peminatnya mendapatkan tiket untuk persembahan tersebut.

 

Tiket bagi persembahan itu dijual secara atas talian bermula daripada RM100 hingga RM250 bagi persembahan satu malam di Mont Kiara.

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia awal bulan ini memaklumkan Harith didenda RM10,000 susulan kirimannya di Facebook yang didapati menghina agama Islam. 

 

Seorang lagi warga maya Cecelia Yap turut didenda RM10,000 kerana melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

 

Warga maya mempersoalkan denda terbabit kerana penghina Islam dan Nabi Muhammad sebelum ini dikenakan hukuman penjara. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Zahid lepaskan 50 anggota bantu SAR gempa bumi Myanmar

Next Post

Penjual belon mahu pulang beraya, Ebit Lew hadiah pakej umrah

Related Posts