Anwar ulang subsidi bersasar RON95 hanya jejas warga asing, maha kaya

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 27 RAMADAN — Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memberi jaminan warga asing dan kumpulan maha kaya sahaja yang akan terkesan dengan penyasaran subsidi RON95. 

 

Perdana Menteri berkata kajian terperinci mendapati 90 peratus rakyat terbanyak tidak terkesan dengan penyasaran subsidi itu, lapor Malaysia Gazette

 

“Mekanisme terperinci rasionalisasi subsidi RON95 sudah dibuat dan saya tidak fikir rakyat biasa perlu runsing kerana 85 hingga 90 peratus tidak terkesan dan yang dikenakan warga asing dan golongan maha kaya.

 

“Malah kita kaji bukan 85 peratus tetapi 90 peratus tidak dikenakan kepada rakyat. Yang dikenakan siapa? Orang asing dan yang maha kaya.

 

“Kalau gaji dan pendapatan dia RM50,000 sebulan, bayarlah sikit,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Raja Tun Uda di Shah Alam, Selangor hari ini.

 

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan semalam mendakwa kerajaan akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 pada separuh pertama tahun ini. 

 

Menteri Kewangan Kedua itu berkata sistem itu bakal menggunakan pengesahan MyKad dengan dua kumpulan harga. 

 

Katanya, mekanisme baharu itu akan dapat mengukuhkan dasar kewangan negara dengan pengenalannya tidak diumumkan secara terburu-buru.

 

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2025 tahun lalu mengumumkan pelaksanaan subsidi petrol RON95 bersasar yang tidak akan membebankan rakyat terbanyak. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Acu pistol larang pengawal puasa, majikan dihukum penjara enam tahun

Next Post

DBKL tiada lesen besar kasari penjual belon, kata Dr Akmal

Related Posts