Berbalah mengenai isu rumah ibadat, akhirnya orang Islam juga yang rugi – GPS

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 26 RAMADAN – Ketika rakyat Malaysia bergaduh menuding jari sesama sendiri berhubung isu rumah ibadat haram, umat Islam adalah golongan paling rugi, kata Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

 

Justeru, GPS menyeru supaya golongan Melayu Islam di negara ini berhenti daripada terperangkap dalam pemikiran sempit politik kepartian.

 

“Umat Islam masih bercakaran tuding menuding siapa paling banyak bagi tapak, siapa paling banyak roboh surau sampai terpedaya dengan politikus yang sentiasa mahu jaga hati penceroboh tanah dan tak kisah tanah tergadai.

 

“Penyokong politik buang masa bergaduh siapa skor paling banyak.

 

“Yang rugi ialah umat Islam yang masih terperangkap dalam politik kepartian,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

 

Dalam hantaran itu, GPS turut memuat naik perbezaan antara pentadbiran dulu dan sekarang jumlah angka tapak yang diberikan kepada pihak kuil yang dipercayai didirikan secara haram.

 

Menerusi poster yang dikongsikan pentadbiran gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional telah memberikan 20 tapak manakala gandingan Pakatan Harapan dan BN satu tapak.

 

“Kita mahu pastikan sesiapa pun yang pegang kuasa, buat sesuatu ikut garis panduan dan Perlembagaan. 

 

“Bukan sewenang-wenangnya gadi tanah.

 

“Lakukan tindakan tuntas untuk selesaikan dan pastikan isu ini tidak berulang.” tambahnya.  

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

KPM laksana pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid

Next Post

Jumlah rakyat Palestin syahid meningkat kepada 50,183 orang

Related Posts