Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 24 RAMADAN — Aktivis politik, Chegubard menggesa semua pihak tidak terpedaya dengan agenda MIC dan Pemuda UMNO dalam isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.
Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin, berkata perjuangan dua parti itu tidak bersungguh dan sekadar menutup kelemahan kerajaan.
“Panaskan isu ini MIC dan Pemuda UMNO. Dua-dua keldai rejim DAP. Sepatutnya sekretariat kerajaan namun sengaja guna media untuk menjadi hero dan wujud ketegangan kaum.
“Bila Tanah Rizab Melayu hendak dirampas di Kampung Sungai Baru, Pemuda UMNO bisu. Banyak lagi isu libat rakyat marhaen mereka bisu. Fikirkanlah. Ini wayang.
“Akhirnya MIC akan hilang undi Melayu. UMNO hilang undi bukan Melayu. Yang hero Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur.
Katanya, isu kuil berkenaan menjadikan masalah rakyat dan kegagalan kerajaan tidak lagi dibicarakan di media massa.
“Rakyat pula dialihkan bercakap isu realiti kegagalan kerajaan dan kepayahan hidup masa kini.
“Ketegangan kaum sentiasa diusahakan sebagai strategi alih perhatian rakyat terhadap kos kehidupan sering mencekik rakyat dan menutup kegagalan rejim campuran ketimbang ini.
“Henti ulas kes kuil tanah Jakel daripada audit perkauman atau agama. Lihat dan selesaikan ikut sudut undang-undang,” katanya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi