Pemimpin gagal tangani isu kuil punca jadi bahan perbalahan rakyat – Aminuddin

Pengerusi Gabungan NASIONALIS, Aminuddin Yahaya.

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 24 RAMADAN – Kegagalan pemimpin menangani isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dengan baik menyebabkan ia ‘merebak’ dan menjadi topik perbalahan antara rakyat, kata Pengerusi Gabungan NASIONALIS, Aminuddin Yahaya.

 

Beliau menjelaskan, isu itu sebenarnya bukanlah satu isu besar dan bukan terlalu menyentuh aspek agama, tetapi lebih kepada isu kemampuan pemimpin dalam menangani masalah.

 

“Kalau nak dibandingkan isu ekonomi, isu geopolitik, isu pendidikan, maka isu kuil ini terlalu kesampingan.

 

“Cuma apabila pemimpin gagal menanganinya dengan baik maka isu kecil pun boleh menjadi besar,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

 

Menurut beliau, pemimpin perlu tegas dan memberikan pandangan tanpa bersandarkan kepada desakan sesiapa tetapi undang-undang sedia ada.

 

Ujarnya, apabila pemimpin memberikan kenyataan secara umum yang boleh memberikan pelbagai interpretasi, maka ia akan mencetuskan masalah.

 

“Tidakperlu jawapan yang panjang, tidak perlu menyindir sesiapa dan tidak perlu menyokong mana-mana pihak.

 

“Undang-undang jelas, kenapa harus berbelit-belit untuk menjawab. Renungkanlah,” tambah beliau.

 

#kuil #Nasionalis #pemimpin #agama

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Next Post

23 syahid, Israel arah penduduk pindah ke selatan Gaza

Related Posts