Pemimpin politik Hamas, isteri terbunuh dalam serangan udara Israel

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 22 RAMADAN — Ahli Biro Politik Hamas, Salah Al-Bardaweel terbunuh dalam serangan udara Israel di Khan Yunis, selatan Gaza awal pagi ini.

 

Salah terkorban dalam serangan itu bersama isterinya selepas Israel kembali menyerang Semenanjung Gaza sejak Selasa lalu yang kini meragut lebih 600 nyawa, lapor Reuters.

 

Pihak berkuasa Israel masih belum mengesahkan kejadian itu selepas beberapa pemimpin Hamas terbunuh dalam serangan udara pada Selasa.

 

Ketua Kerajaan Hamas Essam Addalees dan ketua keselamatan dalamannya Mahmoud Abu Watfa antara yang terkorban bersama beberapa pegawai lain.

 

Serangan hari pertama Israel mengorbankan lebih 400 rakyat Gaza yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. 

 

32 rakyat Gaza pula dilaporkan syahid dalam serangan udara sepanjang 24 jam lalu di pelbagai kawasan di seluruh wilayah itu.

 

Israel semalam melancarkan serangan udara di kawasan Tar Al-Sultan di bandar Rafah selain serangan darat menyasarkan rumah dan khemah sementara. 

 

Tiga rakyat Gaza terkorban dalam serangan darat di Beit Lahia dan semua mangsa yang cedera dan terkorban dibawa ke Hospital Indonesia di utara Gaza. 

 

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan 634 rakyat Gaza terbunuh sejak serangan Israel Selasa lalu dengan 1,172 mangsa dilaporkan cedera.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hassan rayu Anwar hormati Hindu, bina masjid di tapak lain

Next Post

BERSATU-PAS: Tidak timbul langsung soal tunggang-menunggang – Hamzah

Related Posts