Oleh Balqis Idris
BANGI, 20 RAMADAN — Firdaus Wong mempersoalkan tindakan Jakel Trading yang mahu membayar pampasan untuk kos pemindahan sebuah kuil di Kuala Lumpur.
Pendakwah bebas itu berkata Jakel sebagai pemilik tanah yang sah terlalu berlembut kerana masih bersabar menunggu pemindahan kuil lebih 10 tahun lalu.
“Logikkah kita memberikan ganjaran kepada mereka yang melanggar undang-undang?
“Bayangkan jika seseorang menceroboh rumah kita ketika kita tiada dan apabila kita pulang serta menghalaunya, perompak enggan keluar malah menuntut pampasan jika mahu perompak beredar?
“Kalau kita enggan bayar pampasan, perompak itu akan ‘play victim’ bagaimana tuan rumah mendiskriminasi hak perompak itu dan membuat sidang media,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kesediaan Jakel membayar pampasan kepada pengurusan kuil.
Katanya, sikap sebahagian penganut Hindu yang membina kuil secara haram dan meminta sejumlah pampasan adalah tindakan tidak wajar.
“Adakah kuil-kuil dibina tanpa kelulusan dan di atas tanah orang lain di negara luar? Jikalau dihalau oleh tuan tanah, adakah pampasan juga diberikan?
“Jika ya, boleh berikan contoh peratusan kes seperti ini di luar negara.
“Jikalau jawapan anda adalah tiada atau tidak banyak kes seumpama itu di luar negara, mengapa banyak berlaku di Malaysia?” soalnya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi