Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 19 RAMADAN — Kementerian Luar Israel menafikan bertanggungjawab atas pembunuhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) warga Bulgaria.
Jurucakapnya, Oren Marmostein berkata Israel bersimpati atas kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar.
“Punca kejadian sedang disiasat. Kami menegaskan berdasarkan pemeriksaan awal mendapati tiada kaitan tentera penjajah Israel (IOF) dengan kejadian itu.
“IOF membantu membawa keluar mangsa dan kakitangan yang cedera ke hospital di Israel,” katanya menerusi kenyataan di aplikasi X hari ini.
Serangan Israel di Rumah Rehat PBB di Deir Al-Balah mengorbankan seorang petugas PBB dengan lima kakitangan lain dilaporkan cedera.
IOF bagaimanapun menafikan terlibat dalam serangan itu yang turut mengorbankan lebih 400 rakyat Gaza termasuk 80 wanita dan 170 kanak-kanak.
Setiausaha Agung PBB mengutuk serangan itu yang jelas melanggar peruntukan undang-undang antarabangsa.
Antonio Guterres berkata PBB merakamkan ucapan takziah kepada mangsa dengan jumlah anggota mereka yang terkorban sejak Taufan Al-Aqsa meningkat kepada 280 orang.
“Premis ini sangat dikenali IOF sebagai bukan kawasan konflik. Ini bukan kemalangan tetapi satu insiden,” katanya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi