Chegubard gesa Chow siasat exco lantik pegawai jadi pengurus

Oleh Balqis Idris

 

BANGI, 19 RAMADAN — Pembela Tanah Air (PETA) mempersoalkan Exco Pulau Pinang melantik pegawai khasnya sebagai pengurus besar sebuah syarikat. 

 

Sekretariatnya, Chegubard berkata Fahmi Zainol melantik Lhavania Muniandi sebagai pengurus besar tanpa kelayakan dan pengalaman yang berkaitan.

 

“Apa yang hairannya, Lhavania ini adalah Bendahari Pemuda PKR Negeri dan juga diberitakan dia adalah pegawai khas kepada Fahmi. 

 

“Kalau memeriksa latar belakang pendidikan, tiada pun latar belakang pertanian dan tiada langsung pengalaman dalam bidang ini.

 

“Adakah bermaksud Fahmi sendiri membuka anak syarikat bawah kerajaan negeri, sendiri iklankan temuduga dan sendiri melantik pegawai dia sebagai pengurus besar?” soalnya.

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pelantikan Lhavania sebagai Pengurus Besar Penang Agrotech Sdn Bhd.

 

Katanya, lantikan tersebut dilakukan tanpa mengira kelayakan, sebaliknya dipilih berdasarkan hubungan orang dalam. 

 

“Rasanya ramai lagi anak muda berpengalaman dalam bidang pertanian yang boleh dipilih namun tidak layak akhirnya menjadi pilihan menggunakan ‘kabel’.

 

“Kami berharap sangat Ketua Menteri Chow Kon Yeow campur tangan dalam isu ini sebab mencemarkan nama kerajaan negeri yang terkenal dengan tema ‘Bersih, Cekap dan Amanah’. 

 

“Fahmi ini bukan main perli orang lain sebagai penyamun, penyakau, dan penyangak tetapi diri sendiri yang tidak bersih dan amanah,” katanya. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Polis tahan penghina Nabi Muhammad, reman dua hari

Next Post

Hamas lancar roket, Israel bunuh 85 rakyat Palestin satu malam

Related Posts