Adakah ada layanan dua darjat hukuman orang hina sesuatu agama? – PERKASA

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 19 RAMADAN – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengecam tindakan seorang pengguna Facebook yang dipercayai memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW.

 

Justeru, Ketua Penerangan PERKASA, Irwan Fahmi Ideris mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun berkenaan kerana sengaja mencetuskan kegelisahan dan keresahan di negara apabila isu sensitiviti umat Islam dipermainkan di media sosial.

 

“PERKASA juga ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah ada dua darjat hukuman yang dikenakan sekiranya seseorang itu didapati bersalah menghina sesuatu agama?”

 

“PERKASA mendesak pihak kerajaan menggubal satu undang-undang yang lebih tegas kepada individu menghina agama Islam,” katanya dalam kenyataan.

 

Semalam, kecoh di media sosial apabila tular satu komen yang didakwa menghina Rasulullah dalam ruangan komen Facebook sebuah portal berita.

 

Akaun Facebook individu terbabit dipercayai telah dikunci apabila ia tidak boleh diakses.

 

Dalam pada itu, PERKASA turut memohon Ahli Parlimen Melayu Islam turut memainkan peranan membahaskan undang-undang berkaitan penghinaan agama di Dewan Rakyat sebelum ia digubal menjadi satu undang-undang yang lebih. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PN sedia ambil alih kerajaan baiki pemerintahan sekarang

Next Post

Pemerhati soal Anwar, Fadhlina akrab menjelang Pemilihan PKR

Related Posts