Solidariti Palestin: JAKIM laksana solat hajat di 3 masjid utama

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 18 RAMADAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan solat hajat tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang dibunuh dalam serangan udara di Gaza.

 

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, solat hajat iu akan diadakan di tiga masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 

Katanya, ia dilakukan pada setiap malam selepas solat fardu Isyak bermula 19 Mac hingga akhir Ramadan.

 

“JAKIM mengutuk sekeras-kerasnya pengkhianatan perjanjian gencatan senjata terhadap rakyat Palestin yang terus-menerus menyerang dan mengorbankan nyawa.

 


“JAKIM menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT dengan penuh pengharapan semoga Allah SWT sentiasa merahmati seluruh umat Islam di dunia khususnya di negara Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau merujuk kepada insiden serangan udara negara haram Israel di Gaza yang membunuh 404 nyawa tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak manakala 562 lagi dilaporkan cedera.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ada usaha berterusan fitnah Perdana Menteri, kata Setiausaha Akhbar PM

Next Post

Ungkit parang terbang, Syahredzan lapor komen warga maya

Related Posts