Hina Islam, Nabi terutama dalam bulan Ramadan tidak boleh dimaafkan – ISMA

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 18 RAMADAN – Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW terutama pada bulan Ramadan adalah perkara yang tidak boleh diterima sama sekali, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Shuhaib Ar-Rumy Selamat.

 

Justeru, beliau menggesa individu yang sengaja mencetuskan provokasi apabila memuat naik komen yang dipercayai menghina Rasulullah di Facebook baru-baru ini, dikenakan tindakan tegas segera oleh pihak berkuasa.

 

“Perkara ini adalah tanda bahawa adanya sebahagian daripada rakyat Malaysia ini yang sebenarnya tidak memahami Islam itu sebagai agama Persekutuan, bahkan bertindak untuk menghina.

 

“Mereka ini adalah sekelompok daripada masyarakat yang tidak mahu mengenali tentang Islam bahkan menghina Islam dan juga apa-apa berkaitan dengan agama ini,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila pengguna Facebook dengan nama akaun Khor Soon Keat memuat naik komen “rela kafir daripada mengikut pak arab yang rogol budak 9 tahun’ telah mengundang tanda orang ramai terutama daripada umat Islam di negara ini.

 

TV Pertiwi difahamkan, komen kontroversi itu dimuat naik di ruangan komen Facebook portal berita NST Online yang melaporkan berita mengenai Malaysia mengutuk serangan Israel yang menyebabkan kematian lapan petugas MAPIM semalam.

 

TV Pertiwi bagaimanapun tidak berjaya akses akaun individu terbabit apabila ia dipercayai sudah dikunci.

 

Sementara itu, Shuhaib turut meluahkan kebimbangan apabila kenyataan jelik itu dibimbangi akan mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat kerana ia mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

 

“Ini akan mencetuskan ketegangan antara kaum yang sepatutnya tidak berlaku.

 

“Pihak berkuasa mesti tegas dan mengenakan satu tindakan yang benar-benar memberikan pengajaran kepada seluruh masyarakat bahawa apa sahaja bentuk penghinaan terhadap Islam apatah lagi dalam bulan Ramadan.

 

“Ini adalah perkara yang tidak boleh diterima sama ada sekali,” tegas beliau.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ungkit parang terbang, Syahredzan lapor komen warga maya

Next Post

Israel kejam, 174 anak Gaza syahid satu malam

Related Posts