Oleh: Azzman Jamal
BANGI, 18 RAMADAN – Terdapat usaha berterusan daripada beberapa pihak yang komited menabur fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.
Beliau berkata, fitnah-fitnah itu disampaikan dengan beberapa siri cerita lapuk yang diulang-ulang sehingga hari ini.
“Ini menunjukkan keterdesakan pihak-pihak ini untuk cuba mempengaruhi minda masyarakat serta kontang idea mereka dalam usaha membangun negara.
“Memanjangkan fitnah terutama di bulan Ramadan merupakan serendah-rendah akhlak daj ditegah keras oleh Islam,” katanya pada sesi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan akan terus memantau rapat perkara itu agar ia tidak menggugat serta melemahkan semangat serta niat dalam menjamin kesejahteraan negara dan rakyat keseluruhannya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi