Firdaus: Sibuk hal orang Islam, DAP memang patut tolak Rayer

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 17 RAMADAN — Pendakwah bebas Firdaus Wong menyelar Ahli Parlimen DAP RSN Rayer kerana mengecam kritikan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

 

Firdaus, 40, berkata Rayer wajar mencerminkan diri sendiri kerana Ahli Parlimen Jelutong itu sering mencampuri urusan agama Islam.

 

“Anda masuk campur urusan agama Islam dan itu isu 3R (agama, kaum dan raja) dan anda memang tiada hak masuk campur urusan agama Islam!

 

“Jadi persoalan saya, sejak bila DAP termasuk 3R yang masyarakat tidak boleh masuk campur dan persoal? DAP ini kaum? Atau kamu fikir DAP ini agama atau kamu fikir DAP ini diraja?

 

“Baguslah orang DAP pun tolak orang seperti kamu. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.

 

Rayer semalam mengucapkan terima kasih kepada perwakilan DAP yang memberikan undi kepadanya dalam pemilihan parti kelmarin. 

 

Katanya, walau tidak terpilih menganggotai Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, beliau menghormati keputusan perwakilan dalam menentukan masa depan parti.

 

Beliau turut menggesa Mohd Asri tidak mencampuri urusan Pemilihan DAP sebagaimana Mufti Perlis enggan bukan Islam mencampuri hal ehwal umat Islam. 

 

“Mohd Asri patut mempraktikkan apa yang diucapkan sebagaimana beliau tidak mahu bukan Islam mencampuri dan mengulas hal ehwal agama Islam. 

 

“Beliau harus mengelak daripada mengulas Pemilihan DAP yang tiada kena-mengena dengannya,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mesir cadang UNSC tubuh pasukan pengaman di Gaza, Tebing Barat

Next Post

NASIONALIS kecewa parti Melayu bantu ‘nyawa’ DAP

Related Posts