BANGI, 12 RAMADAN – Wartawan Malaysiakini, B. Nantha Kumar akan didakwa di mahkamah esok atas tuduhan menerima rasuah RM20,000 daripada seorang ejen warga Pakistan.
Menurut Malaysiakini, Nantha yang sebelum ini menafikan dakwaan itu berkata, dia dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bahawa dia akan dihadapkan dengan pertuduhan.
“Saya yakin saya akan dibuktikan tidak bersalah. Ini adalah cubaan untuk membungkam saya dan menghalang saya daripada terus mendedahkan rasuah,” katanya seperti dilapor portal berita itu.
Sementara itu, Ketua Pengarang Eksekutif Malaysiakini RK Anang menegaskan sokongan portal berita itu terhadap Nantha dan menegaskan wartawan itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
“kami juga sedang menjalankan siasatan dalaman dengan pihak luar mengenai perkara ini dan akan mendedahkan dapatan kami kepada umum,” katanya.
Anand turut menyifatkan nantha sebagai seorang wartawan cemerlang yang mana siasatannya menjadi berita utama dan terus mendapat perhatian umum.
Sebelum ini, wartawan kanan itu menafikan dakwaan meminta RM100,000 daripada seorang warga Pakistan mahupun merundingkan jumlah itu kepada RM20,000.
Menurutnya, dia sedang bekerjasama dengan seorang pengarah imigresen negeri untuk mendedahkan sindiket pekerja asing.
Sementara menunggu hasil siasatan panel bebas, Malaysiakini telah menggantung tugas Nantha dengan faedah penuh. – Malaysiakini
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi