Oleh: Azzman Jamal
BANGI, 12 RAMADAN – Jawapan yang diberi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berhubung isu suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy hanya mengundang reaksi gelak tawa, kata Ketua Penerangan PEJUANG, Muhammad Rafique Rashid.
Malah, Rafique berkata, cubaan Beliau berkata, cubaan Fahmi mencuit isu ‘bailout’ ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd disifatkan sebagai ‘bijaksana tidak bertempat’.
Justeru, Rafique menasihatkan Fahmi supaya merujuk kepada penasihat kerajaan Madani dan ‘ketuanya’ sendiri sebelum menyindir bekas Perdana Menteri itu dan membuat perbandingan istilah bailout dan pelaburan strategik.
Rafique menjelaskan, isu bailout yang dipercayai menjadi rujukan Fahmi ialah pemerolehan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berkait Konsortium Perkapalan Berhad pada 1998 yang mengalami hutang banyak.
“Pada waktu itu, apabila Petronas buat keputusan untuk membeli aset-aset perkapalan, maka ramai penganalisa membuat andaian ianya arahan Dr Mahathir.
“Maka dijaja cerita bailout oleh kerajaan. Namun Petronas sendiri menafikan bailout,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Rafique berkata, Presiden Petronas pada ketika itu ialah Tan Sri Hassan Marican yang kini menjadi antara ahli penasihat pakar kepada Perdana Menteri dan kerajaan.
Ujarnya, pada 1998, Hassan sendiri akui urusan perniagaan itu adalah satu transaksi komersial yang akan menguntungkan Petronas kerana ia mendapatkan syarikat itu akses kepada aset-aet perkapalan pada harga amat baik demi kepentingan konglomerat itu.
“Hari ini, Fahmi berkata transaksi libatkan Sapura Energy dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah transaksi saham yang akan menguntungkan kedua-dua entiti itu dan akhirnya dividen dipulangkan kepada rakyat.
“Maka, kalau Sapura dan PNB bukan bailout, mengapa Petronas dan KPB bukan perkara sama?” soal beliau.
Tambah Rafique, sejarah membuktikan bahawa urusan perniagaan antara Petronas dan KPB berjaya melahirkan syarikat perkapalan global iaitu MISC.
“Bezanya tahun 1998 wujudkan konsrotium perkapalan mega manakala 2025 ianya untuk bantu bayar hutang,” kata beliau.
Semalam, fahmi tampil memertahankan keputusan kerajaan menyuntik dana RM1.1 bilion dalam Sapura Energy yang kini berdepan masalah kewangan.
Fahmi menegaskan, langkah itu bukan bentuk penyelamatan atau bailout oleh kerajaan, namun ia merupakan pelaburan strategik.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi