Henti jadi badut yang mempolemikan isu 3R – Sultan Pahang

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 11 RAMADAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menempelak pihak yang sengaja menimbulkan perbahalan yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat.

 

Titah baginda, semua pihak ditegas berhenti daripada menjadi badut yang mempolemikan isu raja, agama, dan kaum (3R) sehingga mencetuskan pertelingkahan.

 

“Biarkanlah ‘pentas’ ini terus terang, tanpa drama yang menyakitkan. Berdialoglah guna akal dan hati, bukannya bermonolog guna nista dan benci,” titah baginda.

 

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyurkan nama Masjid Baharu Kampung Durian Hijau dengan nama Masjid Abdulrrahman Ibn Auf di Kampung Durian Hijau semalam.

 

Dalam pada itu, Baginda bertitah menyeru semua pemimpin terutama pemimpin politik agar bertindak sebagai perpaduan yang menyatukan rakyat, bukannya mencetus api yang membakar hubungan harmoni yang telah lama terbina.

 

Baginda turut mengingatkan semua rakyat tidak kira latar belakang agar tidak mudah melatah dan membuat spekulasi sehingga meruntuhkan keharmonian yang dibina hasil daripada sikap saling menghormati dan toleransi selama ini.

 

“Sejarah telah membuktikan bahawa pertelingkahan kaum dan agama, jika tidak dibendung dengan bijaksana, mampu membawa malapetaka.

 

“Kita tidah mahu sejarah hitam itu berulang hanya kerana kealpaan kita dalam mengurus isu sensitif ini dengan hikmah dan bijaksana.

 

“Hormatilah antara satu sama lain, jagalah sensitivitii antara agama dan kepercayaan.

 

“Jangan sesekali kita biarkan kejahilan dan keangkuhan, merosakkan apa yang telah lama kita bina bersama,” titah baginda. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jemaah perlu ganti puasa, surau laung azan 1 minit awal

Next Post

Maszlee seru menteri damaikan Saravanan, Zamri Vinoth

Related Posts