PBB belum terlambat isytihar Israel negara pariah, kata MACSA

Oleh Balqis Idris

KUALA LUMPUR, 10 RAMADAN — Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia (MACSA) mendakwa masih belum terlambat bagi Israel digantung keahliannya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 


Pengerusinya, Datuk Lukman Sheriff Alias berkata Israel boleh digantung keahliannya sebagaimana usaha PBB memboikot dasar apartheid Afrika Selatan pada 1962. 

 

“Kita kena menjadikan Israel sebagai sebuah negara pariah sebagaimana yang pernah berlaku kepada Afrika Selatan. 

 

“Untuk membuang Israel dari PBB, itu hak Majlis Keselamatan PBB (UNSC). Kita perlu ke UNSC dan Amerika Syarikat (AS) akan veto resolusi itu. 

 

“Tetapi menggantung adalah hak Perhimpunan Agung PBB. Itu kita boleh buat. Itu langkah seterusnya. Kita perlu gantung Israel untuk menjadikannya negara pariah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja langkah seterusnya untuk menggantung keahlian Israel sebagai anggota PBB.

 

Katanya, usaha PBB menggantung keahlian Afrika Selatan pada 1963 merangkumi aspek pendidikan, bekalan bahan bakar, ekonomi dan pendidikan. 

 

“Perhimpunan Agung PBB tidak terikat kepada UNSC. Resolusinya tidak mengikat UNSC tetapi mempunyai pengaruh. 

 

“AS dan Britain tidak boleh ganggu malah sesetengah negara Eropah akan menyokong kita sebab mereka sudah mula menyokong Palestin,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada penggantungan lesen Era FM – MCMC

Next Post

Menteri agama setuju debat Zamri Vinoth, Saravanan batal

Related Posts