Oleh: Azzman Jamal
BANGI, 10 RAMADAN – Individu yang memuat naik video menghina Islam perlu diambil tindakan tegas meskipun dia sudah memohon maaf, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Beliau menegaskan, undang-undang bukan hanya terpakai untuk sesetengah golongan sahaja, sebaliknya ia perlu dipatuhi semua tanpa mengira bangsa, mahupun fahaman politik.
“Cukup-cukuplah dengan budaya hina dulu baru minta maaf.
“Dah hina agama kami, semudah itu sahaja minta maaf?
“Kami mendesak kerajaan agar tindakan yang sangat tegas perlu dikenakan kepada individu ini,” katanya dalam Facebook semalam.
Semalam, lelaki yang memuat naik video menghina Islam telah memohon maaf secara terbuka.
Individu yang mengguna nama akaun Vijayan Savarinathan akui membuat kesalahan dan mendakwa kemarahannya didiorong oleh video kontroversi membabitkan penyampai radio Era FM.
Dalam pada itu, Akmal turut mempersoalkan pendirian ahl-ahli politik yang sebelum ini marah berhubung video kontroversi tiga penyampai radio baru-baru ini.
“Mana pergi ahli politik yang bukan main dulu marah 3 orang DJ Era FM?
“Yang ini pun wajib kamu marah dan bantah,” kata Akmal sambil mencadangkan individu berkenaan dibawa ke masjid untuk meminta maaf.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi